Monday, February 12, 2018

JOM MENGEMBARA LAGI!!


Bismillahirrahmanirrahim.

"Jangan takut, burung ni tak boleh terbang."

“There’s no limit in learning when the world is your classroom.”

Antara bulan yang paling sibuk bagi kami warga MyBistari Group adalah bulan Februari. Untuk  bulan yang paling sedikit harinya inilah beberapa aktiviti dijalankan, antaranya permulaan bagi aktiviti renang di semua cawangan MyBistari Group, permulaan worksheet, program pergigian bersama Kodomo Lion dan juga lawatan sambil belajar bagi murid K2. Setiap satu dari aktiviti itu memerlukan perhatian yang baik dari guru-guru. Kami di bahagian pengurusan juga tak kurang sibuknya, menyiapkan worksheet, menyedia dan mengagihkan cenderahati dari pihak Kodomo Lion dan yang paling penting sekali menyediakan segala kelengkapan untuk lawatan murid K2.

Kali ini sekali lagi, pihak tadika akan mengadakan lawatan ke Tanjung Balau dan juga Ladang Burung Unta. Jangan risau ya ibu bapa, namanya sahaja ke Tanjung Balau, tetapi tiada aktiviti turun ke laut, kami cuma akan bersukaneka sahaja di sana. Menggunakan kelebihan yang sedia ada di kawasan pantai Tanjung Balau untuk beriadah memandangkan kawasannya yang luas dan berangin, amat sesuai untuk beraktiviti.

Duduk berkumpul sementara menanti bas dari tadika lain yang masih belum sampai.

Kawasan yang luas dan berangin, sesuai untuk beriadah.

Lumba terompah, antara aktiviti yang akan dijalankan nanti.

Cepat masuk dalam guni, orang sana dah mula lompat tu!!

Adik Fatih pun nak cuba lompat dalam guni.

Piala-piala yang menanti para pemenang peringkat akhir.
Nanti setelah puas bermain di tepi pantai dan mengisi perut, anak-anak akan dibawa berjumpa dengan spesis burung yang paling besar di dunia, iaitu burung unta. Tempat ini amat bersesuaian untuk anak-anak murid kerana ruangnya yang tidak terlalu besar dan cukup selesa untuk anak-anak murid meneroka dunia burung unta ini. Di ladang ini, bukan sahaja ada burung unta, ada juga beberapa spesis burung lain yang dipamerkan.

Sebelum murid-murid diberi pelepasan untuk memberi makan burung unta dan melihatnya dengan lebih dekat, pihak ladang akan terlebih dahulu memberi penerangan kepada para pelawat dan mereka ini akan berpeluang melihat dan menyentuh telur burung unta yang sememangnya sangat besar.
Teringat kata-kata seorang murid yang ikut sama dalam lawatan 2 tahun lepas,

“Cikgu, ini kalau buat telur dadar, sebulan tak habis ni. Kuningnya tu aje dah besar macam muka kita,” terkejut mungkin dengan saiz kebesaran telur burung unta itu, secara spontan dia melompat dan memeluk rakan sebelahnya.

Penerangan berkenaan burung unta.

Tak lepaskan peluang memegang telur
burung unta.

Masing-masing mengambil tempat untuk mendengar penerangan.

Hati-hati, jangan jatuh ye cikgu.

Depanlah sikit nak beri makanan, jangan takut-takut.

Cikgu Haliyati cuba mengatasi ketakutan untuk memberi makan.

Alamak, kenapa macam garang je dia tengok kita?

Burung unta bebas berlari di kawasan yang ditetapkan.

Jangan bimbang, pakcik ada tolong pegangkan.

Tengok ni, hebat tak saya?

Untuk tahun ini, kami ingin mengulang kembali keseronokan yang pernah dilalui oleh murid-murid 2 tahun lepas. Bukan sekadar keseronokan dapat melihat burung yang paling besar di dunia, tetapi juga setiap murid akan dapat membawa pulang pingat atau trofi dari sukaneka di Tanjung Balau nanti. Borang kebenaran lawatan ada kami lampirkan bersama dengan surat makluman Februari.

Di sini saya kongsikan catatan blog berkenaan lawatan ini pada tahun 2016 :


Saya kongsikan juga video sepanjang lawatan ini diadakan:


Jadi marilah beri peluang anak-anak untuk turut sama merasai keseronokan lawatan sambil belajar kali ini!!

~Cik Norifah~



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.