Friday, November 17, 2017

SAFARI...KAMI DATANG

5 NOVEMBER 2017 (DAY 2)


Perjalanan ke Bogor tidak terasa lama sebab masing-masing dibuai mimpi indah di dalam bas. Ikutkan tentatif yang telah diberikan Pn. Zai, hari ke 2 sepatutnya kami akan bertolak dari rumah jam 7 pagi ke Safari Cisarua. Tetapi memandangkan perjalanan semalam yang tergendala, sudah tentu agenda akan tergendala, fikir saya.
Sampai di terminal damri, kami telah ditunggu dengan 2 buah mobil. Sebuah untuk membawa kami ke safari pagi itu juga dan sebuah lagi membawa bagasi ke rumah. Yeeyy, misi seterusnya ke Safari !! disebabkan terlalu teruja tak mandi pun tak apa tapi kami masih wangi. Kali ini kami ditemani oleh Caca, anak Pn, Zai yang bersekolah di Insantama, Bogor. Kebetulan cuti hari Ahad, dapatlah dia bersama-sama kami. 
Sepanjang perjalanan ke Safari lancar kerana hanya satlu laluan sahaja yang dibuka menuju ke Puncak. Begitulah keadaan pada hari minggu. Ada jadual waktu tertentu penutupan dan pembukaan jalan ke Puncak kerana hari minggu, berpusu-pusu orang Jakarta akan naik ke Puncak untuk beristirehat sambil menghirup hawa dingin di sana. Kami juga mengajukan  banyak soalan kepada Pn.Zai kerana terlalu teruja melihat suasana yg berbeda.. Sehinggalah kami singgah di gerai-gerai berderet sepanjang jalan menuju safari, iaitu gerai menjual lobak. Rupanya membeli oleh-oleh buat haiwan-haiwan di Safari. Mulanya kami ditawarkan dengan harga Rp20 ribu (lebih kurang rm7) untuk 5 ikat, kemudian dengan kepandaian tawar menawar Pn. Zai, dapatlah kami 7 ikat. Cukup untuk memberi haiwan-haiwan nanti makan.



Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke gerbang masuk safari yang baru dibuka jam 9.00 pagi. Macet rupanya nak masuk ke Safari ni. Bergerak perlahan mobil-mobil menunggu giliran membeli tiket masuk. Pn. Zai menyuruh kami membisu. Owhh, rupanya untuk mendapatkan tiket harga domestik. Masing-masing patuh dan diam seketika. Hanya Caca sahaja yang berurusan semasa beli tiket dari tingkap mobil.  


Beza harga pelawat domestik dan antarabangsa

Wah...!! hampir 1.5 juta 
Alhamdulillah akhirnya bermulalah pengembaran kami di Safarii !! Haiwan pertama yang sambut ketibaan kami adalah gajah. Sangat jinak maka bermulalah sesi suap2 makan.. Pn. Zai pun sibuk untuk ambil gambar spontan kami, dan keterujaan kami tidak dapat 'dicover' lagi. Masing-masing takut dengan gajah. Nak beri makan pun teragak-agak. Tiba-tiba ada belalai masuk dari tingkap depan dan menyapa bahu Pn. Zai, kami tergamam seketika melihat aksi itu di depan mata. Cikgu-cikgu yang lain tak lepas handphone dari tangan masing-masing. Yelah..nak mengambil gambar-gambar untuk dijadikan kenangan atau pun bukti yang kami sudah menjejakkan kaki ke Safari Indonesia. 



Gambar arkib



Perjalanan dalam safari memang nampak sangat real macam dalam hutan dengan adanya air terjun di bahu jalan, adanya air mengalir di atas jalan. Dan yang paling comel ada seekor hippopotamus sedang berusaha untuk panjat jalan tinggi, semuanya dapat dilihat depan mata dengan jarak yg sangat dekat. 



Jeng3... tiba-tiba jadi sunyi sangat perjalanan kami. Rupanya kami sudah menghampiri kawasan haiwan liar. Cuba teka? Haa.. haiwan liar tu harimau, singa, dan harimau bintang yang kami akan saksikan di depan Kami dilarang untuk membuka cermin tingkap. Dibimbangi haiwan tersebut menerkam kami yang comel-comel ni. Sebelum masuk, ada pintu gerbang yang besar dan tinggi, dan papan tanda peringatan  yang ditulis 'Warning' 'Dilarang buka kaca' bertambah seram kami semua. Akhirnya apabila masuk ke dalam... Subhanallah, teruja dan takut semua ada sebab dapat tengok depan mata dan dekat sangat haiwan-haiwan tersebut tapi semuanya nampak macam tidur dan santai sahaja. Mungkin baru lepas diberikan makan. Namun ada seekor dua yang merayau2 tetapi dikawal rapi oleh petugas2 Safari yang sememangnya bersiap sedia menghadapai berbagai kemungkinan. Sesekali terdengar suara dari jip mereka,
"terus maju", "terus maju"...maksudnya pelawat diminta untuk meneruskan perjalanan dan jangan memberhentikan kereta. Dan mobil bergerak perlahan-lahan sambil kami tidak henti-henti mengambil moment-moment yang tidak ada duanya lagi.  



Akhirnya perjalanan di kawasan haiwan sampai di situ sahaja. Kami menuju ke kawasan yang lebih menarik lagi iaitu kawasan persembahan haiwan-haiwan yang akan diadakan mengikut jadual tertentu. Sementara menunggu waktu yang ditetapkan, , kami berkelah sambil makan makanan yang disediakan oleh Nini. 


Alhamdulillah, dah kenyang merasa maskan Indonesia yang tidak jauh rasanya dengan makanan Malaysia. Sempat juga kami cuci tangan dan pinggan dengan menggunakan air gunung dan begitu dingin sekali.


Pengembaraan bersambung. Persembahan pertama yang kami tonton adalah Dolphin Show. "Hebat" - itu sahaja yang keluar dari mulut kami. Memang hebat betul petugas-petugas yang boleh melatih ikan lumba2 tersebut.

Dolphin Show - full house
Persembahan setengah jam tidak terasa lama. Kemudian kami bergegas ke persembahan ke2 iaitu Cowboy Show dan tidak jauh bezanya dengan Cowboy Show di A Famosa Melaka. Namun begitu banyak aksi-aksi menarik perhatian dan membuatkan penonton terhibur. Kami berpindah dari satu ke satu persembahan mengikut jadual yang ada dalam pamplet yang diberikan semasa membeli tiket sebelum ini.

Cowboy Town

Persembahan Sealion yang sangat mencuit hati
Tiger Show yang hampir-hampir kami tidak dapat masuk kerana sudah penuh
Dengan sedikit waktu yang berbaki kerana Safari dituutp jam 5.30 petang, kami mencuba beberapa permainan yang ada. Dah macam taman tema pulak. Hanya yang berani sahaja boleh naik boat terbang, (hihi tak tahu nama apa).
Mula-mula saya ajak Cikgu Umaisah naik, dah macam tarik tali samada hendak naik atau tidak, akhirnya saya naik dengan Caca. Seronok tapi tak boleh lawan roller coaster di USS Singapura trip guru 2015 dulu.

Ada yang berani naik roller coaster ini termasuk Pn. Zai ;)

Kenangan mengusik jiwa trip 2015 di USS
Persinggahan kami yang terakhir adalah kedai cenderahati. Walaupun tidak banyak berbelanja, namun kenangan di safari perlu juga dibawa pulang ke Malaysia. Yang pasti nya sticker kereta wajib dibeli. Perjalanan keluar safari tak sampai 10 minit dan kami ucapkan selamat tinggal pada Safari Cisarua. InsyaAllah ada rezeki, kami datang lagi.  

Ikutkan tentatif yg Pn Zai buatkan, kami akan singgah di Cimory Riverside untuk merasa kelazatan susu sebenar dan produk-produk yang dibuat menggunakan susu lembu. Dalam keadaan lalulintas yang agak macet. akhirnya kami tiba dan begitu ramai orang di situ. Menurut Pn. Zai, sebelum ini tidak begitu keadaanya tapi rupanya ada tarikan baru di Cimory Riverside iaitu 3D Maze. Patutlah ramai, Nak bergerak pun agak terbatas apatah lagi di bahagian penjualan produk tenusu. Setelah usha-usha, akhirnya saya terpikat dengan air kopi susu dan coklat-coklat yang harganya boleh tahan murah. Ada guru yang membeli, ada yang hanya melihat-lihat sahaja. Pening kata cikgu Siti Aminah sebab tadi naik bot terbang.;)
Cikgu Fazlini merasa sosej lembu yang gebu tapi boleh tahan mahal harga nya iaitu Rp20 ribu rupiah sebatang. Takpelah, sekali sekala.

Yummy...yumm
Kami sambung perjalanan pulang dan berhenti untuk makan malam di Kota Bogor. Ada banyak warung-warung masakan Sunda dibahagian pakir bangunan yang hanya dibuka pada waktu malam. Dan disinilah kami menjamu selera.




Tinggal pilih aje nak yang mana.
Sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian pengamen yang datang secara bergilir-gilir. Al Fatih sedekahkan wang atas usaha mereka untuk meraih rezeki dengan cara sebegitu. Kami juga bangga kerana jarang-jarang dapat peluang makan sambil dihiburkan secara live.  Suka gitu !!
Menu makanan kami sangat simple tapi agak mahal harganya Apapun, rasanya sedap dan kenyang perut untuk sambung perjalanan balik ke rumah di Gunung Batu.

Alhamdulillah...kami sampai ke rumah dengan perasaan yang sangat gembira kerana melalui pengalaman-pengalaman baru yg sangat menarik yang pastinya tak pernah kami lalui sebelum ini. Dan yang pentingnya, kami mampu tersenyum dalam tidur kerana dapat melelapkan mata di bumi Indonesia...



~ By Nor Nadirah Shahlan ~
GB TPB Tmn, Scientex 2


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.