Tuesday, September 5, 2017

2017 SICILIK TETAMU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebahagian jemaah haji selepas simulasi

Sabda Rasulullah saw, “Tamu Allah itu ada tiga, iaitu : orang yang berperang, orang yang melakukan ibadah haji dan orang yang melakukan ibadah umrah.” (Hadis Riwayat Nasa’i)

Maka beruntunglah mereka yang telahpun mendapat peluang menjadi tetamu Allah. Terus terang bagi kami yang telah mendapat peluang menjadi tetamuNya sangat rindukan suasana di sana. Datanglah berapa banyak sekali tempat yang cantik dan mendamaikan di seluruh dunia ini, nikmatnya takkan sama dengan apabila berasa di Tanah Haram. Rasa itu yang ingin kami semai dalam diri anak-anak didik kami. Rasa bergetarnya hati apabila mendengar talbiah, rasa sayu apabila menyarungkan ihram ke tubuh badan.

Tahun ini adalah tahun kedua kami menjalankan Program Simulasi Haji Cilik. Sama juga seperti program-program kami yang lainnya, Simulasi Haji Cilik ini juga kami nantikan dengan penuh debaran. Beberapa penambahbaikan telah kami lakukan untuk program tahun ini, contohnya menyediakan model kaabah, penampalan sticker di setiap checkpoint dan juga pemilihan tempat yang dirasakan bersesuaian dengan perjalanan program.

Alhamdulillah pada 19 Ogos 2017, kami semua akhirnya dapat berkumpul di Gelanggang Serbaguna Taman Mawar untuk menjayakan Program Simulasi Haji Cilik 2017. Jika bakal-bakal haji dan hajah tidak lena tidur malam menantikan program ini, para guru juga sama, risau kerana seminggu sebelum program, kawasan sekitar ini sering sahaja dilanda hujan, malahan ketika kami menhantar barang dan menaikkan banner Haji Cilik, suasana sekitar sedang hujan lebat. Dalam hati hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan kami nanti.

Keterujaan ibu bapa dapat kami lihat kerana ada yang seawal jam 7 pagi sudah setia menanti di tapak simulasi. Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang hadir awal. Jumlah murid yang turut serta juga bertambah dari tahun yang terdahulu. Terharu kami dengan maklum balas penyertaan dari pihak ibu bapa.

Ketika saya sedang sibuk memasang peralatan p.a system tiba-tiba seorang bakal haji yang tak sempat saya bertanya dari cawangan mana dan namanya datang menyapa,

“Kita tak lama lagi ni nak jadi haji macam atok kita. Depan nama kita nanti kena letak haji,”  dialog antara kami yang saya masih ingat.

“Suka tak?” 

Dia tersenyum sambil mengganggukkan kepalanya kemudian berlari kearah jemaah yang lainnya dan saya kembali menyambung memasangkan  mikrofon ke penghubungnya.

Pasti dalam hatinya bangga akan jadi ‘setaraf’ datuknya.

Sememangnya semua jemaah kelihatan bersemangat melakukan ibadah haji pada tahun ini. Jom lihat beberapa aksi dan aktiviti sepanjang program ini dilakukan.


Lengkap berpakaian ihram.

Telekung kali ini kelihatan lebih kemas.

Hati-hati abah, taknak nanti masa
tawaf kain terlucut!

Kami sudah bersedia untuk bertolak ke tapak simulasi!!

Suasana di tapak simulasi. Masih menanti jemaah yang lain.

Para penjaga checkpoint pertama.

Di sini nanti jemaah akan mengutip batu untuk melontar.


Antara checkpoint yang memerlukan petugas yang ramai. 3 jamrah akan
dilontar oleh para jemaah.

Di setiap checkpoint di sediakan air agar para jemaah dapat
menghilangkan dahaga.

Setia menanti kehadiran para jemaah.

Checkpoint terakhir yang memerlukan khidmat para petugas untuk
menggunting rambut jemaah.


Mendengar taklimat sebelum simulasi dimulakan.

Jemaah mengutip 21 biji batu untuk
melakukan ibadah melontar 3 jamrah.

Jangan sampai terlontar ke ibu bapa yang berada di belakang jamrah tu ya!

Pusing 7 keliling replika Kaabah, jangan kurang.

Untuk setiap ibadah yang berjaya dilakukan,
jemaah akan mendapat sticker.
Lari lari anak, bukannya pecut!

Ibadah tahallul sedang dilakukan.

Telinga saya tu cikgu!!

Melangkah bangga selepas semua rukun
haji terlaksana sudah.


Alhamdulillah! Kamilah haji dan hajah cilik!

Bergambar bersama guru-guru tercinta.

Program sudah habis. tapi keseronokkan bersimulasi
tadi masih ada lagi.

Para mutawif bersama kumpulan jagaan mereka.
Para mutawif bersama kumpulan jagaan mereka.



Alhamdulillah, program dapat kami laksanakan dengan jayanya. Inshaallah, tahun hadapan akan kami adakan lagi, bagaimana pula nanti gelagat para bakal haji dan hajah nanti pula ya?

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Jangan lupa di hujung bulan ini akan ada Pertandingan Sempoa & Congak. Bagi anak-anak yang terpilih, rajin-rajinlah ya berlatih!

~Cikgu Norifah~





0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.