Tuesday, August 15, 2017

LAMBAIAN HAJI SEMAKIN MENDEKAT



Bismillahirrahmanirrahim.



“Kita sudah buat persiapan untuk semua penerbangan dan surat tawaran sudah diberikan. Penerbangan pertama dijangka pada 24 Julai akan berlepas ke Arab Saudi,” kata Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan menurut beliau segala persiapan sudah dibuat bagi segala urusan berkaitan haji pada tahun ini.

Mendengar info ini daripada beliau ketika Majlis Tilawah dan Menghafaz Peringkat Kebangsaan yang lalu membuatkan kami terfikirkan akan Program Simulasi Haji Cilik yang juga akan kami adakan nanti. Masih belum hilang kehangatan Pertandingan Uji Minda, anak-anak ini kami simpan kekal aktif untuk Simulasi Haji Cilik pula.

Insyaallah program yang bakal berlangsung pada 19 Ogos 2017, Sabtu ini merupakan kali kedua kami mengendalikannya sendiri. Persiapan ketika ini sedang rancak dilakukan oleh para guru dan bahagian pengurusan Mybistari Group. Jika sebelum ini kami menggunakan ruang di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4, untuk tahun ini kami berpindah ke Gelanggang Serbaguna Jalan Mawar 13, Taman Mawar.

Seperti juga tahun lepas, apabila mendengar murid-murid membuat latihan talbiah, hati ini pasti akan tersentuh. Masing-masing yang pernah berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci akan tersenyum sambil menyiapkan tugasan.

“Bila nak pergi lagi ni Nori? Suhaila dah dapat panggilan dah, tapi terpaksa tolak sebab mengandung,” soal Puan Shawariah ketika sedang sibuk mereka bentuk banner yang akan digunakan pada program simulasi nanti. Insyaallah, satu hari nanti ye Puan Shawa. Siapa yang tak mahu menjejakkan kaki lagi ke Tanah Suci, semua orang mahu.

Sementara itu, mari kita imbas kembali perjalanan program ini yang diadakan pada tahun lepas.

Ketibaan para jemaah ke tapak simulasi

Para mutawwif

Penerangan diberikan oleh En Ahamed
Tamizi sebelum program dijalankan

Checkpoint pertama : Wukuf

Kutip batu untuk ibadah melontar 

Mendengar arahan dari mutawif sebelum ibadah lontar dilakukan

Tawaf.. pusing tujuh kali ya!!

Di ruangan saie pula

Sedang bertahallul, lepas ni akan bebas dari ihram

Sesi penyerahan sijil penyertaan, Alhamdulillah selesai sudah
simulasi hajinya

Itu sebahagian dari kemeriahan Program Simulasi Haji Cilik yang diadakan pada tahun lepas. Jadi para ibubapa yang telahpun mendaftarkan anak-anak untuk turut serta dalam program ini pada tahun ini, terutamanya bagi peserta lelaki, sudah berlatih pakai ihram belum? Jangan lupa pakaikan seluar panjang di dalam ihram itu ya! Lambaian haji semakin mendekat!!

Kita jumpa nanti Sabtu ini , 19 Ogos 2017 di Gelanggang Serbaguna Jalan Mawar 13,  Taman Mawar!!

~Cikgu Norifah~



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.