Thursday, July 20, 2017

SESI MENGASAH BAKAT MENUJU PERTANDINGAN UJI MINDA 2017

Bismillahirrahmanirrahim.



“Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu. Jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan. Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan.”

Siapa tahu itu lirik lagu apa? Tiada hadiah pun yang akan diberi sekiranya ada yang dapat jawab soalan. Sekadar hendak berkongsi sedikit bait senikata lagu yang ada kena mengena dengan program yang bakal diadakan pada hujung minggu ini, Pertandingan Uji Minda, Bercerita dan Lego 2017.

Guru Besar di setiap cawangan, apabila pihak ibu bapa menghantar semula borang penyertaan ke tadika, di dalam otak mereka sudah bermacam-macam rancangan dan pelan untuk memastikan anak-anak di bawah didikan mereka menyerlah pada hari pertandingan.

Ketika inilah dapat peluang lihat tangan dan kaki cikgu berpusing-pusing semasa menanda buku, bukan apa, sebelah tangan menanda buku, sebelah lagi cuba mencari gerak tari yang menarik untuk diajar kepada murid yang terlibat dengan persembahan. 

Tengah fikir step seterusnya ke?

Ni namanya stail terbang ke awan biru

Itu baru bab persembahan, belum lagi yang ditugaskan untuk mengajar murid yang terlibat dengan pertandingan Lego. Macam-macam binaan yang guru-guru ini hasilkan sebelum mereka putuskan yang mana akan diajar kepada anak murid. 

Apa agaknya yang nak dibina?

Ok, dah mula ada bentuk tu
Bagi yang bercerita pula, ketika inilah bermacam mimik muka dan suara yang kedengaran dari mereka.
Jom bercerita!
Beginilah kehidupan cikgu tadika, walaupun ‘title’nya cikgu, tetapi dalam membentuk anak-anak ini menghadapi pertandingan, setiap satu dari kami juga bertukar menjadi penari, arkitek dan pelakon teater.

Tekun mendengar contoh soalan yang dibaca

Rasanya saya tahu jawapannya!!

Giliran saya pula cuba jawab!!

Alhamdulillah, latihan dalam jangka masa yang agak suntuk ini, hasilnya semakin kelihatan, para peserta sudah mula faham dengan format contoh soalan yang diberikan kepada mereka semasa sesi latihan Uji Minda. Cikgu-cikgu juga sudah boleh tersenyum lega bila tarian sudah nampak rentaknya, binaan peserta ada rupa bentuk yang ditugaskan dan juga cerita yang disampaikan peserta bukan lagi seperti membaca teks di dalam buku. 

Sebelum itu, sementara menanti tibanya hari pertandingan apa kata kita semak semula posting tahun yang lepas.


Di sini saya kongsikan video pertandingan bercerita tahun lepas. Atau boleh juga ke youtube utk melihat video-video bercerita yang lain. Serta video-video aktiviti MyBistari yang tidak putus-putus. Dengan ingatan kasih sayang, jangan lupa LIKE ☺☺☺☺








Persiapan semua sudah sampai ke peringkat akhir. Siapa agaknya yang bakal menjadi juara tahun ini ya? Jika tahun lepas Muhammad Faris Zuhry dari Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2 yang menjadi juara bagi Uji Minda, kita tunggu pula tahun ini, adakah cawangan yang sama dapat mengekalkan kejuaraan ataupun akan menjadi milik cawangan yang lain pula. 

Jom sama-sama kita tunggu dan lihat.

~Cikgu Norifah~

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.