Wednesday, February 24, 2016

EXPLORE AND COLOUR TRADITION

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih lagi kita di dalam bulan Februari. Antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh warga Pasir Gudang khasnya. Kenapa? Kerana pada setiap tahun di bulan ini dilangsungkan Festival Layang-Layang Sedunia. Langit Pasir Gudang akan meriah dipenuhi dengan layang-layang pelbagai corak dan bentuk. Alhamdulillah, tahun ini dengan tema EXPLORE AND COLOUR TRADITION. 

Bagi kami, selain dari keseronokkan membawa anak-anak murid ke tapak festival, kami juga teruja apabila setiap tahun akan dijemput untuk menghantar wakil ke Pertandingan Mewarna sempena Festival Layang-Layang Sedunia.

Alhamdulillah, setakat ini masih lagi beruntung kerana anak-anak tadika kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong dari pertandingan. Kali ini kami menghantar wakil seramai 36 peserta, 4 murid dari setiap cawangan. Berdebar juga kerana penyertaan tadika dari sekitar Pasir Gudang kali ini lebih ramai dari tahun yang sebelumnya.

Kali ini, saya ditugaskan untuk mengambil dan menjaga peserta dari Tadika Nur Pintar Bestari dan juga Tadika Pintar Bistari Taman Mawar. Seawal pagi bila sampai ke Tadika Nur Pintar Bestari murid-murid sudah sedia menunggu di halaman tadika, tak sabar mungkin. Sepanjang perjalanan ke Tapak Festival Layang-Layang tak henti-henti mulut mereka bercerita tentang kemeriahan festival tahun lepas, berharap agar tahun ini ibu bapa dapat membawa mereka ke sana lagi. Ini kira saya dah sampaikan harapan mereka ya, ibu.. ayah..

Apabila sampai di Bukit Layang-Layang keterujaan jelas terpancar sepanjang perjalanan mendaki ke kawasan pertandingan mewarna, teruja dengan persekitaran yang baru dan cantik.

Sayangnya, tempat pertandingan agak kurang sesuai, para peserta sangat terdedah dengan terik sinar matahari, panas dan kurang selesa. Senang cerita, mood mewarna dari 100% ke 70%.

“Rimas dan melekitlah badan saya cikgu..” komen murid.

Jadinya bukan sahaja kami yang mengipas murid-murid kami, perkara yang sama juga dilakukan oleh guru-guru tadika lain untuk anak murid mereka. Ibu bapa yang sedia ada disana juga turut membantu mengipas dan cuba untuk menghalang terik matahari dari mengganggu konsentrasi peserta mewarna. Terima kasih ya ibu ayah.


Walaupun begitu, Alhamdulillah, pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Untuk tahun ini, nasib kurang menyebelahi pihak kami, tiada top 3 atau top 5 , cuma saguhati tempat ke 15 dari Nurin Maisarah Binti Muhammad Zakir, murid cawangan Tadika Nur Pintar Bestari. Tahniah Nurin!

Jom kita layan foto rentetan perjalanan peserta mewarna kali ini!

Pendaftaran peserta telah dibuat beberapa hari sebelum pertandingan

Kami dah sampai di Bukit Layang-Layang!! (Wakil dari TNPB dan TM) 
Sebelum berhempas pulas mewarna, kita makan dulu!!

Wakil dari tadika Taman Scientex

Bismillah... kita tulis nama dan nombor giliran dulu

Murid-murid dah mula berpeluh.. cikgu-cikgu mula mengipas

Alamak, dah sampai part yang paling sukar,, nak warna langit


Telitinya mewarna

Menggunakan payung untuk mengelakkan terik matahari

Saya selesa macam ni cikgu!

Nasib ada payung..

Yang tiada payung, ibu tolong lindung panas agar anak selesa.
Yang gelap tu sebab bayang-bayang ibu.. kasih ibu sepanjang masa :)


Ok, kami dah siap mewarna!Ini hadiah penyertaan

Jom sedia untuk balik!

Alhamdulillah, selamat sampai tadika

Panas tapi seronok!

Mewakili murid yang sudah dihantar pulang.. saguhati no 15

Pada masa yang sama, hari ini adalah giliran murid-murid dari cawangan Tadika Nur Pintar Bestari, Tadika Inovasi Bestari dan TPB Taman Mawar untuk membuat lawatan ke tapak Festival Layang-Layang Sedunia. Agak terkilan kerana pada paginya tiada layang-layang yang naik dan bagi sesi petang, hujan turun selebat-selebatnya. Itulah, kita hanya mampu merancang, segalanya ketentuan Allah.

Cerita berkenaan lawatan layang-layang akan saya kongsikan pada posting yang lain.
Nak tengok lagi gambar Pertandingan Mewarna? 

Jom ke sini

~Cikgu Norifah~

Monday, February 22, 2016

AKTIVITI RENANG 2016

Assalamualaikum,

Aktiviti Renang

Seperti yang saya janjikan pada post yang terdahulu, saya akan kongsikan lagi gelagat murid-murid ketika aktiviti renang dijalankan. Berbanding dengan foto-foto minggu lepas, untuk kali ini murid-murid kelihatan lebih yakin dan teruja dengan aktiviti ini.

Bagi cawangan yang tiada kolam renang, mereka akan berkongsi kolam dengan cawangan yang terdekat, contohnya, Tadika Nur Pintar Bestari akan ke Tadika Inovasi Bestari dan Tadika Taman Scientex 2 akan ke Tadika Minda Pintar Bestari. Kami akan dahulukan cawangan yang tiada kolam untuk menjalankan aktiviti renang ini.

Jadi apabila van yang membawa murid-murid dari cawangan lain sampai ke tadika mereka, mereka juga teruja melihat rakan-rakan turun dari van dan menuju ke kolam renang. Lagilah bila rakan-rakan sudah berada di dalam kolam, suara ketawa dan keseronokkan bermain air membuatkan mereka yang sedang belajar di dalam kelas tak senang duduk, panjang sahaja leher mahu memantau keadaan di luar. Dalam hati mungkin berkata, “Tunggu minggu depan ye.. saya nak buat kuak lentang dalam kolam.”

Untuk kali ini, saya kongsikan gelagat-gelagat murid dari cawangan Tadika Minda Pintar Bestari, TPB Kota Masai 1 dan juga Tadika Inovasi Bestari.

Tadika Minda Pintar Besari
Hati-hati.. masih takut takut masuk ke dalam kolam

Bila dah bersama kawan, hilang rasa takut

Tengok tu, dah ada yang berani selam!
Ok, dah siap mandi.. bersiap untuk belajar semula

TPB Kota Masai 1
Murid-murid Taman Kota Masai 1

Wajah-wajah ceria







Tadika Inovasi Bestari
Giliran kami pula bermain air!

Bersihkan diri selepas bermain air

Keseronokkan yang dapat dirasai sekali sebulan
Tak lama lagi akan masuk bulan Mac, ibu bapa, bila sudah dapat surat makluman nanti jangan lupa baca dan catatkan tarikh aktiviti renang yang seterusnya!

~Cikgu Norifah~

UJIAN 1 MURID K2 2016

Assalamualaikum..

Seperkara lagi yang berlaku pada minggu ini adalah Ujian 1 bagi murid 6 tahun dan juga 6 Bistari. Ujian yang bukan sahaja mendebarkan pihak ibu bapa, tetapi kami juga terasa tempiasnya. Risau memikirkan dapat tak murid-murid jawab soalan yang kami sediakan? Terlalu susahkan soalan yang pertama kali ini?

 Rata-rata maklumbalas yang kami dapat dari pihak guru yang memantau ujian di kelas, murid-murid boleh menjawab soalan yang kami sediakan dan terdapat juga murid yang memerlukan lebih pantauan dari guru. Maklumlah, ujian pertama bagi mereka.

Sebagaimana berdebarnya ibu bapa yang menunggu keputusan ujian ini, berdebar lagi guru yang mengajar dan juga guru yang menanda kertas ujian. Ujian pertama yang bukan sahaja menguji keupayaan murid, tetapi juga keberkesanan pengajaran guru. 

Harapan kami agar pihak ibu bapa tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada ujian kali ini, kerana ini adalah yang pertama kalinya bagi mereka menjalaninya, masih lagi kurang faham dan agak terpinga-pinga walaupun sebelum ini pernah menjalani peperiksaan ketika 5 tahun.


Oleh itu, mari kita bersama-sama menunggu keputusan ujian ini. Bagi ibu bapa, kami akan memuat naik keputusan Ujian 1 pada 23 Februari 2016 (Selasa). Sila layari laman web kami pintarbistari.edu.my untuk menyemak keputusan anak masing- masing.

~Cikgu Norifah~

PEMERIKSAAN GIGI DI TADIKA NUR PINTAR BESTARI

Assalamualaikum,

PEMERIKSAAN GIGI

Pada minggu lepas (Khamis / 18hb Februari 2016), Tadika Nur Pintar Bestari telah menerima kunjungan dari Klinik Pergigian Masai dalam rangka taklimat dan pemeriksaan gigi murid-murid. 

Mereka telah ditunjukkan cara yang betul untuk memberus gigi dan cara-cara penjagaan gigi. Murid-murid teruja dan tak kurang juga yang takut untuk diperiksa oleh jururawat pergigian, gigi ada yang rosak dan rongak. Apa-apa pun, pemeriksaan tetap dijalankan dan diharap murid-murid dapat manfaatkan ilmu yang telah disampaikan oleh jururawat yang hadir.

Jom kita lihat aksi mereka semasa pemeriksaan pergigian!

Guru-guru sedang menyusun atur murid-murid sebelum kedatangan wakil dari Klinik Pergigian Masai

Guru-guru pun asyik mendengar penerangan dari jururawat pergigian

Untuk menarik minat murid-murid, jururawat menyampaikan ilmunya dalam cara bercerita
Alhamdulillah, murid-murid memberi feedback yang baik
Bersemangat setelah mendengar cerita dari jururawat pergigian

Gigi kami sudah bersedia untuk diperiksa!

Buka mulut luas-luas.. Aaaaaaa!!!

Bagus.. gigi yang cantik, akan dapat cop!

Tengok ni, kami dapat cop!

Seronoknya! Jom jaga gigi kita baik-baik! 
Opss.. sebelum terlupa, pada bulan Januari yang lalu telah diadakan sesi bergambar kelas untuk semester 1, ibu bapa bolehlah melihat gambar tersebut di laman web kami . Gambar ini tidak akan dicetak atau diberi kepada pihak ibu bapa, gambar ini adalah sebagai simpanan pihak tadika, tetapi sekiranya ibu bapa ingin mencetak gambar tersebut, dipersilakan. Gambar yang akan dicetak adalah gambar semester kedua nanti. 

Sampai di sini sahaja perkongsian dari kami untuk kali ini. Sehingga berjumpa di lain coretan.

~Cikgu Norifah~


Sunday, February 14, 2016

SELAMAT DATANG FEBRUARI!

Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah!!

Selamat datang Februari yang indah!!

Untuk kali ini, izinkan saya untuk berkongsi satu cerita. Tempat kami, pihak pengurusan adalah di cawangan Taman Mawar. Ya, kami berkongsi bangunan dengan kelas-kelas yang ada di cawangan ini. Ini bermakna kami juga setiap hari berjumpa dan bermesra dengan murid-murid di sini.

Jika ada masa yang terluang atau ketika kami memerlukan sedikit “time off” dari menghadap komputer dan mesin fotostat, kami gunakan untuk masuk ke kelas melihat anak-anak ini belajar. Seronok melihat telatah guru-guru dan juga anak-anak didik mereka. Ada ketikanya terbit juga keinginan untuk kembali mengajar. Beruntungnya guru-guru yang masih berpeluang untuk mengajar.

Setiap hari, akan ada sahaja laporan yang disampaikan oleh anak-anak kecil ini kepada kami. Dari cerita sarapan sedap yang ibu bekalkan, sehinggalah cerita kawan yang menangis kerana rindukan adik di rumah, pasti akan sampai kepada kami di sini. Kami di sini sedia melayan murid-murid ini asalkan mereka berasa seronok dan bersemangat untuk ke sekolah.

Minggu lepas dan minggu ini, ada dua cerita yang murid sering kongsikan dengan kami, lembaran kerja mingguan yang sudah mula diedarkan sebagai latihan dan juga aktiviti renang yang sudah mula diadakan di beberapa cawangan kami.

Bila sudah melangkah masuk ke bulan Februari, bulan kedua dalam sesi persekolahan 2016, bermakna dua perkara ini akan bermula:

1-     Lembaran kerja (worksheet)
·        Lembaran kerja atau lebih sering kami sebut sebagai worksheet adalah helaian latihan yang akan kami berikan kepada anak-anak murid pada setiap hari Khamis.
·        Sekiranya pada minggu terbabit ada cuti persekolahan, maka bagi minggu tersebut tiada worksheet.
·        Latihan yang terdapat dalam worksheet adalah silibus yang telah dipelajari oleh anak-anak murid pada minggu tersebut dan minggu-minggu yang terdahulu.
·        Diharap para ibu dan bapa dapat meluangkan masa untuk membantu anak-anak anda menyiapkan latihan ini.
·        Pentingnya worksheet bagi murid-murid 6 tahun adalah sebagai sumber rujukan untuk ujian.

Worksheet pertama untuk tahun ini bagi murid 5 tahun

Worksheet 6 tahun

Worksheet 6 Bistari





Bersemangat buat latihan

Cikgu menunjuk ajar cara membuka worksheet

Cikgu menerangkan worksheet kepada murid-murid

2-     Aktiviti renang
·        Murid yang dibenarkan untuk mengikuti aktiviti ini adalah murid-murid yang ibu bapanya telah menghantar surat persetujuan yang dilampirkan bersama di dalam surat peraturan.
·        Guru tidak mengajar murid untuk berenang walaupun kami namakannya aktiviti renang, aktiviti ini lebih kepada bermain air sahaja. (ada ibu bapa yang bertanya kenapa anaknya masih tak pandai berenang walaupun ada aktiviti renang di tadika)

·        Aktiviti ini diadakan sebulan sekali mengikut jadual renang yang dinyatakan di dalam surat makluman bulanan.


Yeay!! akhirnya saat yang dinanti tiba juga!! Swimming!!

5 tahun di Taman Mawar

Minta naik awal.. tak tahan sejuk..

Guru memantau aktiviti renang

Kolam di cawangan Taman Scientex 1 ~ sekeliling berwajah baru 

Masih takut-takut lagi dengan air..


Murid-murid dari Tadika Nur Pintar Bestari mandi di kolam Tadika Inovasi Bestari
Minggu ini, aktiviti renang akan diteruskan lagi bagi cawangan-cawangan yang lain. Insyaallah kami akan kongsikan lagi gelagat-gelagat mereka di dalam kolam renang.

Dan sebelum saya terlupa, minggu ini juga akan dijalankan Ujian 1 bagi murid-murid 6 Tahun dan juga 6 Bistari pada hari Rabu (17 Feb 2016). Jangan lupa ulangkaji ye!

~Cikgu Norifah~