Monday, December 5, 2016

TADIKA INTELEK BESTARI MULA BEROPERASI

29, Jalan Tiong 10, Taman Scientex
Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat beroperasi kami ucapkan kepada adik baru kami, Tadika Intelek Bestari yang  mula beroperasi pada 4 Disember 2016 bersamaan dengan hari pertama pra tadika. 

Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, ibu bapa tidak perlu risau kerana walaupun ianya tadika baru, tenaga pengajar yang kami sediakan di sana terdiri dari guru-guru yang lama dan yang telah kami bimbing. Guru-guru yang diamanahkan bertugas di sana adalah bekas Guru Besar Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1,  Pn Zulaiha yang juga  menggalas tugas yang sama di tadika ini, Puan Nurul Atikah dari Tadika Minda Pintar Bestari dan juga seorang guru baru yang akan menjadi tenaga pengajar di sana.


Saya masih belum berkesempatan lagi melawat ke Tadika Intelek Bestari, tetapi dari gambar-gambar yang dikirimkan oleh Pn Zainun, tadika tersebut kelihatan cantik dan menarik.  



Memerhatikan tadika dari seberang jalan.

Pertama kalinya tadika kami 3 tingkat.

Halaman luar yang luas.

Hingga ke bahagian belakang dipasangkan jubin, agar murid lebih
selesa ketika membersihkan badan selepas bermain air di kolam.

Ruangan kolam yang luas.

Kedalaman kolam juga bersesuaian dengan murid.
Cantik kan tadika ini? Apa lagi, silalah war-warkan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan yang masih mencari tadika berdekatan dengan perumahan baru ini. Pendaftaran masih lagi terbuka dan kesudian pihak ibu bapa untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak amat kami hargai.

~Cik Norifah~

4 comments:

  1. Anak saya ke 2 dah mendaftar do Tadika ni. Semalam excited betul dia cerita ada swimming pool... Sekolah ni cantik, patut la dia gembira sangat...����

    ReplyDelete
  2. cantik!! mesti budak2 seronok nanti..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.