Tuesday, March 27, 2012

ANAK DILAHIRKAN 2008

Pihak kami telah menerima banyak pendaftaran bagi K1 (2013) bagi anak-anak yang dilahirkan pada 2008. Anak-anak ini akan bersekolah rendah pada tahun 2015. Tetapi ramai ibubapa yang tidak mengetahui bahawa anak-anak yang dilahirkan pada 1hb ~ 15hb Januari 2008 sepatutnya dimasukkan ke darjah 1 sekolah rendah pada tahun 2014 pada usia mereka 6 tahun. 
Jadi kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, sila semak sijil kelahiran @ mykid anak anda. Jika anak dilahirkan awal Januari, mereka sepatutnya memasuki K1 pada tahun ini (2012) dan bukannya 2013. Pihak kami ada menerima beberapa pendaftaran lewat yang mempunyai kes-kes sebegini. 
Sila war-warkan kepada kawan-kawan @ jiran-jiran mengenai perkara ini kerana  
                                                          "SHARING IS CARING" 

LAWATAN KTM DIBATALKAN

Adalah dimaklumkan bahawa lawatan dengan Keretapi Tanah Melayu ke Gunung Lambak terpaksa dibatalkan. Saya menerima berita dari KTM mengatakan bahawa perkhidmatan KTM dari JB ke Kluang terpaksa dihentikan kerana terdapat kegelinciran train kargo minggu lepas yang tidak memungkinkan pihak mereka meneruskan perkhidmatan buat sementara waktu 

Sebagai alternatif:
1) Satu program lawatan baru akan dirangka dan surat makluman tentang perkara ini akan diedarkan kepada semua murid K2 dalam minggu ini.
2) Lawatan akan diselaraskan bagi semua cawangan iaitu pada 21 April (Sabtu)
3) Sekiranya ada ibubapa yang telah membuat bayaran bagi lawatan ini, GB cawangan masing-masing akan menelefon tuan/puan dan bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan secepat mungkin.

Sunday, March 25, 2012

DAY 1 (ISTANBUL ~ BURSA)

25 Feb 2012

Kami memulakan perjalanan dari Istanbul ke Bursa dengan coach dan menaiki jambatan yang menghubungkan antara Benua Eropah dan Benua Asia. Kebetulan hari Sabtu, jadi tiada traffic jam sepanjang perjalanan yang mengambil masa 4 jam. Sepanjang perjalanan, Abdulhamit menerangkan kepada kami tentang aturcara selama 10 hari seperti yang telah ditetapkan. 

Pemandangan dari Benua Eropah yang menampakkan Tower of Galata
 Dalam masa yang sekejap saja kami telah melalui 2 benua

Benua Eropah

Benua Asia
Kami menaiki feri ke Bursa dengan melalui Laut Marmara yang mengambil masa selama 40 minit, Sepanjang di atas feri tersebut, pengalaman memberi makan burung camar amat menyeronokkan walaupun suhu begitu sejuk sekali. 

Menaiki feri untuk ke Bursa

Camar yang berterbangan mencari makanan di Laut Marmara

Dah rezeki kau wahai burung camar!
Terdapat cafe  yang menjual makanan dan minuman dan selama berada di atas feri tersebut, bermacam jenis roti dijual termasuklah roti U-Mobile ini.

Cafe di atas feri. Sempatlah minum teh / kopi selama belayar 40 minit di laut Marmara

Inilah yang kami gelar roti U-Mobile

Agak keras. Disaluti dengan bijan.
Destinasi pertama adalah Bursa di mana kami  melawat Grand Mosque (Ulu Cami). Sebelum ke situ, kami menjamu selera di  sebuah restoran yang hiasan dalamannya amat cantik sekali. Dan inilah juadah makan tengahari kami yang pertama di Turki.

Daruzziyafe Restaurant


Ottoman Special Soup

Seasonal Salad dressed with sauce

Sultan Favourite Dishes

Dessert
Setelah itu, kami dibawa ke Silk Bazaar, Bursa di mana terdapat banyak sekali kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. 



Pakaian sejuknya amat murah jika dibandingkan dengan di Malaysia dan cantik-cantik belaka tetapi kami cuma menjamu mata sehingga terjumpalah pasar makanan ini.
Walaupun penghujung winter, baju sejuk masih banyak dijual. Murah dan cantik

Bling, bling, bling kedai emasnya.....

Berbagai jenis kekacang dan kurma dijual di sini


Pelbagai sayuran. Ada yang sama seperti kat Malaysia

Strawberry menjadi tumpuan. RM10.80 sekilo. Still murah dibandingkan di Malaysia

Pelbagai jenis keju yang menjadi makanan biasa orang Turki

Pelbahai jenis rempahratus
Kemudian barulah kami dibawa ke Ulu Cami (Grand Mosque). Abdulhamit menerangkan tentang sejarah masjid itu sendiri dan kami diberi masa untuk bersolat dan menikmati keindahan masjid dimana terdapat tinggalan sejarah yang tidak ternilai harganya. Cuma bagi wanita terasa amat susah sikit untuk berwuduk kerana tempat wuduk dan tandas terletak di bawah Sikl Bazar dan dalam keadaan cuaca yang sejuk, amat menyukarkan.



Ulu Cami adalah masjid yang terbesar di Bursa dan merupakan mercutanda arkitek bagi kerajaan Ustmaniyyah yang mana banyak menggunapakai elemen-elemen arkitek dari Kerajaan Seljuk. Pembinaannya diarahkan oleh Sultan Beyazid 1, direkabentuk oleh arkitek bernama Ali Neccar dan dibina dari tahun 1396 ~ 1400. Masjid yang berbentuk segi empat dengan 2 minatet serta 20 kubah yang disusun dalam 4 barisan dan diampu oleh 12 tiang.
Menurut sejarah, 20 kubah ini dibina bagi menggantikan 20 buah masjid yang dijanjikan oleh Sultan Beyazid 1 sekiranya baginda memenangi Perang Nicopolis pada tahun 1396. Disebabkan masalah kewangan, baginda tidak dapat membina masjid sebanyak itu, sebaliknya membina sebuah masjid yang besar dengan 20 kubah sebagai simbol 20 masjid yang dijanjikan.
Untuk gambar-gambar yang lebih cantik,  KLIK DI SINI
Dalaman Ulu Cami



Kemudian kami dibawa ke Yesil Cami (Green Mosque) tetapi kami tidak dapat masuk ke dalam kerana masih di dalam proses penambahbaikan.



Untuk lebih perincian tentang Green Mosque ini, boleh BACA DI SINI
Green Mosque yang juga dikenali dengan nama Masjid Sultan Mehmed 1

Masih di renovasi
Tidak jauh dari situ adalah Yesil Turbe/Tomb (Green Tomb) yang didekorasikan dengan turquoise tiles di samping ukiran-ukiran yang amat mengkagumkan.

Dalaman Yesil Tomb


Dekorasi dalaman menggunakan turquoise tiles



Lokasi jualan cenderahati di mana-mana ada. Turki memang terkenal dengan pembuatan seramik (hand-made). Memang cantik. Dari yang semurah 1TL hinggalah yang semahal-mahalnya. 





Lokasi terakhir sebelum ke hotel, kami dibawa melawat Perkampungan tradisional orang Turki yang dinamakan Cumalikizik, di mana masih terdapat banyak lagi tinggalan rumah-rumah kayu di zaman Uthmaniyyah yang telahpun berusia beratus-ratus tahun tetapi masih tetap utuh dan menjadi tempat tinggal hingga sekarang ini.  


Disebalik lorong-lorong yang mempunyai sejarah tersendiri

Pintu masuk ke kawasan perkampungan tradisional

Jualan kraf dan cenderahati oleh penduduk setempat

Terakhir untuk hari pertama, kami check-in di Almira Hotel yang begitu cantik dan kami amat berpuashati dengan hotel 5 bintang ini.
  


Di sinilah kami beradu sebelum menyambung perjalanan esok hari ke Pamukkale


Pemandangan malam hari dari tingkat 5 Almira Hotel.
Pemandangan pagi hari dari tingkat yang sama (masih lagi berkabus)

KONSTANTINOPEL (ISTANBUL)

Kenapa Turki? 
Itulah pertanyaan yang ditanyakan kepada kami bila ke Turki baru-baru ini. Bukan keinginan kami hanya untuk melihat Hagia Sophia, Masjid Biru, Istana Topkapi, Selat Tanduk Emas, Selat Bhosporus, City Wall (Kota Konstantinopel) , namun sebenarnya lebih dari itu.
Masjid Biru (luaran)
Dalam Masjid Biru

Keindahan kubah masjid yang tiada taranya

Hagia Sophia (sebelumnya gereja, kemudian masjid dan sekarang muzium)
Istana Topkapi (luaran)
Replika Istana Topkapi secara kesuruhannya.

Pemandangan Teluk Bhosporus yang diambil dari beranda Istana Topkapi yang juga boleh nampak City Wall
Keinginan kaum Muslim menguasai Konstantinopel lebih mulia dari hanya sekadar penghargaan, kekuasaan apalagi material, Konstantinopel lebih dari itu. Ia adalah sebuah kota yang dijanjikan kepada kaum Muslim oleh Rasulullah saw. 

Berkata Abdullah bin Amru bin Ash: "bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah untuk menulis, lalu Rasulullah saw ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibebaskan) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rome? Maka Rasulullah saw menjawab, "Kota Heraklius terlebih dahulu', yakni Konstantinopel. (HR Ahmad) 

Oleh kerana itu, ekspedisi Sultan Mehmed 2 (Muhammad Al-Fatih) bukanlah ekspedisi yang biasa, ekspedisi yag dipimpinnya pada 1453M adalah ekspedisi kerinduan selama 825 tahun. Ekspedisi ini adalah puncak dari kekerasan niatnya atas Konstantinopel, nama yang telah memenuhi benaknya selama 23 tahun lamanya. Nama yang juga menghantarkannya menjadi panlima terbaik yang sempat diisyaratkan oleh Rasulullah saw dari lisannya.

"Sungguh, Konstantinopel akan ditaklukkan oleh kalian. Maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan yang menaklukannya". (HR Ahmad)

Bagi kaum Muslim, nama Konstantinopel bererti kemuliaan yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya dalam bisyarah mereka. Ramai dari kaum Muslim akan menyiapkan iwa dan harta mereka untuk menjadi pasukan yang membebaskannya. Mental kaum Muslim pun telah dari awal dididik untuk menjadi seorang kesatria yang mempunyai tugas untuk mengelola dunia dan seisinya. Pada awal pembentukan para sahabat, Rasulullah sentiasa mengarahkan visi mereka menjadi visi global, iaitu pembebasan seluruh dunia. Bagi kaum Muslim, Konstantinopel adalah penantian 825 tahun dan para syuhada telah menyirami tanah itu dengan darah suci mereka untuk menumbuhkan kemenangan di tanah itu, maka tidak hairan apabila janji Allah dan Rasul ini menjadi suatu sumber energi yang tidak terbatas, menyalakan api pengorbanan dan jihad fi sabilillah dallam setiap masa dan setiap kepimpinan. 

Konstantinopel sendiri bukanlah kota yang lemah. Kedudukannya sebagai ibukota Byzantium, pewaris satu-satunya imperium Romawi menjadikannya memiliki semua teknologi perang dan kejayaan sistem militer Romawi yang sempat memimpin dunia, wilayah lautnya sangat luas dan armada lautnya menjadi yang terbaik pada masanya. Tembok Konstantinopel mempunyai prestasi selama 1123 tahun menahan 23 serangan yang ditujukan kepadanya. Hanya sekali saja tembok bahagian lautnya pernah ditembus oleh pasuskan salib pada 1204, selain itu semua serangan berjaya dipatahkan oleh pasukan pertahannya. Wajarlah penduduk dan pasukan Konstantinopel merasa berada di atas angin ketika Sultan Mehmed 2 mengepung Konstantinopel. 

Beginilah sedikit mukaddimah dari buku yang saya baca setelah kembali dari Istanbul yang bila membacanya, membuatkan saya faham bahawa janji Allah adalah benar dan setelah menghayati buku ini, seperti saya juga berada bersama dalam penaklukan Kota Konstantinopel itu. Dan insyaallah, saya akan kembali lagi ke Kota Konstantinopel (but not in winter). Spring perhap!