Thursday, March 1, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA PESTA LAYANG-LAYANG 2012

Salji di luar semakin melebat turunnya dan kawasan sekeliling sudah semakin memutih. Suhu di luar bilik hotel mungkin di bawah 0 darjah celcius. Semuanya telah diulit mimpi. Hanya saya yang masih mengetik netbook ini. Waktu tempatan menunjukkan pukul 10.50 malam. Masih lagi 29 Feb. 2012. Walhal di Malaysia, jam menunjukkan pukul 4.50 pagi. Di mana saya sebenarnya?

Di Cappodocia, Turkey
Sebenarnya kami sekarang berada di Turkiye / Turkey dalam rangka lawatan selama 10H/8M di sini. Kebetulan, siang tadi aturcara lawatan tidak terlalu memenatkan, jadi malam ini saya berkesempatan untuk memenuhi janji saya untuk bercerita tentang aktiviti-aktiviti di tadika. Walaupun cerita-ceritanya agak lewat, tapi tetap menjadi kenangan, apatah lagi buat anak-anak yang menyertainya. Ikutilah cerita di bawah. 

15 Februari 2012


Seperti biasa, pertandingan mewarna diadakan sempena Festival Layang-layang Dunia di Pasir Gudang. Tahun ini, kami menghantar wakil seramai 5 orang dari setiap cawangan. Bermakna 40 orang semuanya yang bersemangat untuk mewarna. Pertandingan mewarna diadakan pada hari Rabu pada minggu tersebut dan sambutan dari tadika-tadika lain juga tidak kurang meriahnya. Jom lihat gambar anak-anak kita di pertandingan tersebut.
Penuh satu bilik dengan wakil-wakil dari TPB dan TIB

Wakil-wakil dari tadika lain juga tidak kurang ramainya

Inilah gambar yang perlu mereka warnai. Nampak simple tapi memerlukan kreativiti.

Half way...

Dalam bilik telah black-out, terpaksa berpindah ke luar.

Antara guru-guru pengiring.
Dek kerana terdapat masalah dalam pemberian hadiah pertandingan, anak-anak ini dihantar balik ke tadika dahulu bagi mengelakkan mereka terlalu lama menunggu.Walaupun demikian, masing-masing seronok kerana dapat juga hadiah penyertaan. Dan yang penting, pendedahan dalam pertandingan.


Tidak menghampakan, wakil TPB dari cawangan Taman Kota Masai 2 dan Taman Scientex (1) menerima hadiah kemenangan. 



Syabas diucapkan kepada semua!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.