Sunday, May 20, 2018

PEPERIKSAAN SEMESTER 1 2018


Bismillahirrahmanirrahim

Bersedia untuk mendengar arahan yang akan diberikan (TS2)

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku supaya mereka faham perkataanku..”

Itu antara doa yang sering dilafazkan ketika hendak menduduki peperiksaan.  Bagi warga Mybistari, bukan sekadar para ibu bapa yang mendoakan untuk anak-anak mereka, guru-guru juga sama, mengharapkan anak didik dapat melakukan yang terbaik dan dipermudahkan.

Murid-murid dilatih untuk menyusun beg di luar kelas (TS2)

Jom ambil beg, kita dah habis jawab semua soalan peperiksaan! (TS2)

Peperiksaan semester 1 telahpun berakhir pada minggu lepas. Minggu ini dan seterusnya adalah waktu penandaan dan semak semula kertas jawapan murid.

Debar cikgu dan debar ibu bapa masih juga tak surut walaupun peperiksaan sudah berakhir, yang seronok kelihatannya adalah anak-anak murid. Dari sebelum peperiksaan, hari peperiksaan sehinggalah ke hari ini, mood seronok tak berkurangan. Lagilah bagi murid-murid 5 tahun yang pertama kali menghadapi peperiksaan. Mereka merasakan peperiksaan ini umpama menyiapkan worksheet yang diberi kepada mereka setiap hujung minggu. Siap ada yang mahu tolong kawannya yang tak faham soalan.

Fokus menjawab soalan peperiksaan (TMPB)

Hmmm.. saya rasa betul dah ni.. ok. saya yakin!! (TM)

Kami dah siap tulis nama, cikgu!! (TKM)

Sesiapa yang masih tak tahu nak eja nama kelas, tengok kat sini ya..(TIB)

Guru sedang membantu murid memahami soalan,
jangan terberi jawapan sudah ya.. (TIB)

Bahagian mana tadi yang rasanya saya ada buat silap eh.. (TIMB)

Alhamdulillah, walaupun tarikh peperiksaan terpaksa  kami awalkan dari tarikh yang dirancang, aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih kami ucapkan kepada para guru yang berhempas pulas membuat ulangkaji dengan anak-anak murid dan juga pihak ibu bapa yang juga turut membimbing anak-anak di rumah. Untuk masa sekarang ini, marilah kita sama-sama menanti keputusan peperiksaan ya. 
Insyaallah keputusan peperiksaan akan dapat dilihat pada 24hb Mei nanti di  E-WARIS

Masa exam ni pun ada paparazi.. ok jap saya pose!! (TIPB)

Guru memantau ketika peperiksaan (TS2)

Jangan gerak sempoa.. saya nak tulis jawapan ni.. (TS2)

Yes!! Ada pun soalan yang saya ulangkaji malam tadi! (TIMB)

Hmmm.. sekali soalannya dalam Bahasa Arab daaa.. (TIMB)


Sikit je lagi nak siap kira ni.. (TS1)

Tekun menghadap kertas soalan (TIB)

Peperiksaan paling mudah tetapi yang paling murid cepat penat,
mewarna. (TNPB)

Alamak, kita ni macam kembar tak seiras lah.. (TNPB)

Sikit lagi.. sikit lagi.. (TMPB)

Cikgu, untuk yang ini kalau terwarna sama tak dikira meniru kan? (TMPB)

Alhamdulillah.. siap juga saya warna gambar ni (TNPB)

Pesanan kami kepada para ibu bapa, terimalah apa sahaja keputusan anak-anak anda dengan hati yang terbuka. Akan ada murid yang dapat keputusan cemerlang, dan akan ada murid yang sebaliknya. Jangan anak yang mendapat keputusan cemerlang dirai, tapi anak-anak yang tak mencapai keputusan yang kita inginkan kita biarkan tanpa beri kata-kata semangat padanya. Nampak mudah, tapi dari sekecil inilah kita bentuk keyakinan diri, dan pupuk nilai positif dalam diri mereka. Perlu diingat, anak-anak lebih mudah belajar dari layanan kita kepada mereka berbanding segala macam pesanan yang kita beri pada mereka.


Di kesempatan ini kami warga MyBistari Group ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Insyaallah seperti yang dirancang, Hari Terbuka Sem 1 akan diadakan pada 10 dan 11hb Jun 2018, di penghujung Ramadhan. Sila berlapang dada dengan keputusan peperiksaan anak-anak ya, jangan marah-marah sangat, nanti kurang pahala puasanya.

~Cikgu Norifah~

Sunday, April 29, 2018

CERITA KAMI DI HELLO KITTY TOWN


Bismillahirrahmanirrahim.

Peserta lawatan dari TKM bergambar di luar bangunan Sanrio.

“The first time of doing something new is always exciting.”

Tak dinafikan lagi, memang itulah yang dirasai oleh sebilangan besar anak-anak murid K1 yang turut serta dalam lawatan ke Sanrio Hello Kitty pada minggu yang lepas. Keterujaan itu bukan sahaja bila memikirkan untuk berjumpa dengan maskot-maskot di Hello Kitty, tetapi juga pada pengalaman menaiki bas yang akan turut mereka rasai.

Pada hari yang telah ditetapkan, iaitu 13hb April 2018 (Jumaat) kami staf di bahagian pengurusan telah dipecahkan ke beberapa cawangan untuk turut serta naik bas bersama mereka. Saya ditempatkan di bas 5 (Tadika Ilmu Pintar Bestari).  Bagi saya untuk yang pertama kali juga naik bas bersama murid-murid untuk tahun ini, keterujaan turut terasa.  Ketika sampai di cawangan yang ditugaskan, telah ada beberapa murid yang sampai di tadika, entah pukul berapa agaknya bangun tidur pagi tadi. Mungkin juga ada dikalangan ibubapa yang senang hati kerana inilah satu-satunya hari anak tak perlu dikejut berpuluh-puluh kali untuk bangun mandi dan bersiap ke sekolah.

Awal pagi sudah sampai (TIPB)

Para ibu dan anak-anak setia menanti sehingga bas sampai (TIPB)

Ok.. beratur ikut kumpulan. (TIPB)

Pakai reben ni, supaya nanti bila dah ramai-ramai dengan
tadika lain, cikgu senang kenalpasti anak-anak cikgu. (TIPB)

Murid semakin ramai di TS2

Duduk menanti bas (TIB)

“Mana bas ni tak sampai lagi ni cikgu? Betulkan kita pergi ni naik bas?” kedengaran soalan dari seorang murid ketika guru jagaannya sedang memasang riben di pergelangan tangannya.

“Ada tu.. tadi Cikgu Ayu dah call, driver cakap dia dah sampai traffic light,” guru-guru cuba menenangkan murid-murid yang semakin gelisah menanti bas yang tak kunjung tiba.

Sebenarnya, bukan murid-murid sahaja yang tak senang duduk, kami para guru juga mula rasa gelisah, mana taknya bila mesej di whatsapp group MyBistari mula berbunyi, “Bas 1 sudah sampai”, “Bas dah gerak dari TIB ke TM” “Bas TNPB dah gerak” dan bermacam lagi ‘update’ dari cawangan-cawangan lain. Panjang leher kami meninjau-ninjau lalu lintas di luar tadika, mengharapkan kelibat bas kami muncul. Alhamdulillah berbaloi juga tinjauan kami kerana tak lama selepas itu bas yang dinanti muncul juga.

“Cikgu.. nak kena baca doa naik kenderaan lagi sekali ke? Tadi dah baca tapi bas lambat sampai..” Sempat seorang murid menarik hujung jubah saya ketika saya mengangkat  plastik yang berisi sarapan pagi kami.

“Tak perlu lagi.. kan dah baca tadi. Kita baca tu untuk naik bas nilah,” tersenyum lega dia mendengar jawapan saya, tak sabar mungkin mahu masuk ke dalam bas.

Sebelum naik bas, taklimat dan bacaan doa naik
kenderaan dahulu. (TIPB)

Ok, cikgu nak check reben dah dipasang belum..
sila angkat tangan semua!! (TM)

Dengar sini.. cikgu nak pesan.. kalau nak
buang air, beritahu cikgu, jangan tahan-tahan.. takut
terlepas dalam seluar nanti ye.. (TS2)

Untuk ketika ini, keterujaan turut berjangkit ke para ibu bapa dan penjaga. Tak putus-putus mereka melambai-lambai anak-anak yang sudahpun berada di dalam bas. Kami faham, dalam kegembiraan melihat anak-anak seronok sertai lawatan ke Hello Kitty, pasti terselit juga kebimbangan tentang keselamatan anak-anak. Usah bimbang, Insyaallah amanah yang diberi ini akan kami jaga sebaik mungkin.

Mari kita naik bas!! (TIPB)

Hati-hati, anak tangga bas ni agak tinggi (TIPB)

Para ibubapa merakam detik pertama kali anak-anak ikut lawatan tadika (TIPB)

Bye ayah ibu.. kami naik bas dulu!! (TS2)

Ibu bapa tercari-cari kelibat anak masing-masing di dalam bas (TIPB)

Setelah memastikan semua peserta cukup, bas kami pun memulakan perjalanan. Pastinya perjalanan pergi yang meriah kerana stamina anak-anak masih lagi penuh. Tak putus-putus mulut menegur benda-benda atau pemandangan yang menarik perhatian mereka. Lagilah ketika bas meyusuri ‘flyover’ di Dataran Bandaraya, terpegun mereka melihat laut yang luas terbentang, kapal-kapal dan sampan yang berlabuh di tepian pantai.


Keadaan semakin panas bagi kami yang masih berada di dalam bas apabila Guru Besar TNPB memuat naik gambar peserta cawangannya yang sudah pun sampai ke Sanrio Hello Kitty. Tersenyum girang masing-masing di dalam gambar. Sabar hati, sebentar nanti akan tiba juga giliran peserta lawatan dari TIPB untuk bergambar sebegitu.

Alhamdulillah kami akhirnya selamat juga tiba ke lokasi. Bas dari cawangan lain (selain TNPB)  belum kelihatan , masih dalam perjalanan lagi. Jika sebelum ini kami tempatkan anak-anak murid di dalam glass room yang ada di level 1 bangunan, kali ini kami terpaksa kumpulkan sahaja mereka di bahagian hadapan bangunan kerana ruangan glass room itu telah pihak Sanrio jadikan bilik aktiviti mereka. Agak risau juga kerana ruangan hadapan itu agak terbuka, dikhuatiri akan ada murid-murid yang berlari-lari ke jalan raya atau ke tangga bergerak yang ada di tepi bangunan, Alhamdulillah guru-guru menjalankan tugas mereka dengan baik sekali.

Bergambar sebelum masuk ke dalam bangunan Sanrio (TS1)

TIPB

TM

TIMB

TIMB

TKM

TMPB

TNPB

TIB

Tugasan saya dan Puan Shawariah seterusnya adalah melaporkan kedatangan kami, ambil tag dan kad Hello Kitty untuk semua yang terlibat dalam lawatan kali ini. Bila kami kumpulkan semua murid di hadapan pintu masuk tersenyum lebar beberapa staf yang akan bantu kami untuk pasangkan tag.


“Ramai nya cikgu.. macamana layan kerenah semua ni?” soalnya ketika menghulurkan kad Hello Kitty untuk saya bahagikan ikut kumpulan.

“Dengan kesabaran dan kasih sayang,” dia tersenyum lagi mendengar jawapan saya sebelum berlalu pergi dan membantu rakannya yang sedang membahagi-bahagikan tag masuk.



Terpancar keseronokan di wajah para guru dan anak murid semasa
menanti giliran untuk dipakaikan tag masuk. (TKM)

Yes!! Kami dah pakai tag maknanya kami dah boleh masuk!!

Kami bukan tunjuk penumbuk nak cari gaduh ya.. kami nak tunjukkan
tag yang kami dah pakai ni.. yeehaaa
Memandangkan jumlah kami yang ramai untuk lawatan ini, pihak pengurusan MyBistari telahpun membahagiakan setiap tadika kepada beberapa kumpulan, jadi mudah untuk urusan bermain di setiap level dan juga giliran makan tengahari.

Apabila semua sudah siap dipakaikan tag, kami ke level 1 dahulu, level Hello Kitty untuk bergambar. Tempat untuk bergambar dibahagikan kepada 2, jadi proses bergambar dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, begitulah perancangannya. Selesai bergambar para guru dan murid-murid dibawah jagaan mereka bergerak ke destinasi yang telah ditetapkan untuk mereka, disinilah keseronokkan bermula. 

Sedang menyusun atur murid untuk sesi bergambar (TKM)

Ok.. sedia semua!! (TS2)

Kejap.. kejap.. cikgu pun nak ambil gambar juga!! (TS2)

Senyum semua... (TKM)

Gambar yang telah siap. Lokasi sesi penggambaran 1 (TIMB)

Lokasi penggambaran 2. (TIB)
Setiap level yang berada di dalam bangunan ini memberikan pengalaman dan keseronokan yang berbeza. Di level 1 (Hello Kitty Town) aktiviti dan permainan yang ada di sini memerlukan masa yang agak lama, hinggakan ada murid yang duduk di tepi barisan dan hampir tertidur tunggu giliran masuk ke dalam bilik aktiviti. Tetapi apabila mereka sudah berada di dalam bilik aktiviti Wishful Studio, hilang terus penat dan mengantuk beratur menunggu giliran, mana taknya, murid-murid berpeluang untuk menghias sendiri biskut Hello Kitty, merekabentuk button badge, membuat kad Hello Kitty dan juga beberapa aktiviti lain yang disediakan untuk mereka.

Cantiknya sofa dalam rumah Hello Kitty ni.

Tadi kami ada order teh tarik.. tak sampai lagi..
haus dah ni.

Kan best kalau rumah kami banyak cermin macam ni

Bestnya tab mandi ni!!

Punyalah selesa katil dalam rumah Hello Kitty.. duduk pun boleh tertidur.

Seronoknya mereka dapat jumpa Badtzmaru dan My Melody!!

Sempat bersalaman dengan My Melody

Walaupun namanya agak ganas, Badtzmaru ni sangat peramah. 
Yes!! Kami seronok!!



Sementara menanti ruang aktiviti di Wishful Studio kosong, kita bergambar
disini dahulu!

Pusing-pusing sampai pening!!

Cepatlah awak.. saya pun nak letak coklat juga atas biskut ni..

Mari cikgu tolong letakkan jem ni kat biskut

Ayah.. saya nak meja macam ni 5 kat rumah ye!!

Hmmm.. terlupa notes untuk lagu twinkle twinkle little stars..

Jom tidur!! Cikgu tak payah kejut kami tau!!

Bergambar dengan Hello Kitty dan Daniel selepas persembahan.

Kita letak jem banyak-banyak.. baru sedap!!

Rumah Hello Kitty terbaiklah!!


Haaaa!! Main games apa tu?

Di level kedua pula terdapat Fun Room untuk anak-anak murid bermain dan juga disediakan ruang santai untuk berehat. Terdapat skrin besar yang memaparkan Thomas & Friends dan juga Bob The Builder. Di level ini juga maskot-maskot seperti Pingu, Barney, Angelina Ballerina dan Bob sering berkeliaran menegur anak-anak yang sedang berehat ataupun bermain. Ada juga persembahan ‘live’ dari maskot-maskot berkenaan di kedua-dua level ini (level 1 & 2) tetapi persembahannya tertakhluk pada masa yang telah ditetapkan.

Bergambar dengan Pingu dan keluarganya.

Persembahan belum ada lagi, jadi kami rehat-rehat sahaja di sini.

Barney!!! We love you!!

Alamak, tak dapat kalahkan kakak ni lah.. Pandainya dia main!!

Ingatkan lori ni ada jual aiskrim..

Tepi semua!! Kami nak turun ni!!

Ini rumah Barney.. Tapi mana dia?

Saya nak ikut Bob The Builder bina rumah!!

Patut pun tak jumpa Barney tadi, dia duduk kat anjung rumah rupanya.


Encik Barney.. boleh tolong bawa kami ke tingkat atas?

Level yang paling atas Thomas Town, level 3 pula adalah tempat untuk anak-anak ini menjamu selera di ruangan yang disediakan dan juga tempat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis mainan. Dari naik kereta api keliling taman permainan sehinggalah permainan yang menduga jantung dan emosi para guru dan anak-anak murid, Colin Crane Drop Ride.

Wah!! Kereta api kami sudah sampai!! Hai Thomas!!

Nanti kita jumpa lagi ya!!

Jom kita pusing-pusing keliling taman!!

Kali ini saya bantu Thomas kendalikan kereta api ni

Besarnya!!!!

Bestnya saya baring atas bola-bola ni.. Nampak saya tak?

Mak kita pesan, kalau gayat jangan tengok bawah.. tapi kita dah tertengok ni..

Babai.. nak pergi naik ke awan kejap!!

Maaf cikgu, sini muatan dah penuh, sila cari helikopter lain.

Tak muat cikgu.. kami pun dah cukup kuota ni!

Ok, cikgu naik dengan kami.. kalau rasa takut dengan
cara pemanduan kami, sila mengucap dahulu ya!

Naik.. turun.. naik.. naik.. turun.. huh.. macam nak tercabut jantung rasanya cikgu!!!

Bercerita mengenai makan tengahari di Sanrio, ruangannya tidak terlalu besar untuk memuatkan keseluruhan murid-murid kami. Jadi atas persetujuan dan perbincangan kami bersama pihak Sanrio, makan tengahari kami di bahagikan kepada 3 sesi. Sesi yang pertama bermula pada pukul 11:30 pagi dan sesi seterusnya menuruti masa yang selanjutnya.

Saya dan Puan Shawa untuk kali ini tidak dapat meluangkan masa yang banyak dengan murid-murid seperti selalu kerana untuk kali ini kami menggantikan tugasan Puan Zainun dan Puan Fiza menyediakan gambar untuk murid-murid sebagai cenderahati. Tapi kami turut rasa terhibur apabila melihat keletah anak-anak murid dari jauh dan juga bila terdengar mereka bergelak ketawa keriangan.

Dalam sibuk-sibuk menyusun atur gambar, sempat juga kami berlari sebentar
untuk bergambar dengan Cik Kitty
Ketika Puan Shawa sibuk memeriksa dan memilih gambar-gambar anak murid yang cantik dan molek, saya sempat berlari ke tingkat atas sebentar untuk melihat persiapan makan tengahari sesi pertama. Alhamdulillah nampak gayanya penyediaan yang baik dan memuaskan hati. Setelah mengumpulkan mereka di hadapan ruang makan dan memastikan peserta lawatan cukup, barulah mereka masuk ke ruang makan untuk menjamu selera.  Tapi namanya pun budak-budak, makan sudah tak berselera apabila tumpuannya lebih kepada permainan yang ada di luar. Sekali dua suap sahaja sudah kenyang dan tak mahu makan. Cepat sahaja mereka minta untuk cuci tangan dan minta kembali ke ruang permainan.

Para pekerja sedang menyiapkan makanan tengahari kami.

Menu makan tengahari, nasi ayam dan air oren.

Menunggu yang lain masuk ke ruang makan.

Jom kita makan!!
Alhamdulillah untuk lawatan kali ini dapat dinikmati dengan baik. Murid-murid juga mudah mendengar arahan.  Tetapi kami terpaksa menghentikan keseronokan mereka apabila jam menunjukkan hampir ke pukul 3 petang, sudah waktunya untuk kumpulkan mereka semua semula dan menanti bas untuk pulang ke tadika masing-masing.

Jika perjalanan pergi ke Sanrio dipenuhi dengan gelak tawa dan suara girang anak-anak murid, perjalanan pulang ke Pasir Gudang sunyi sepi kerana masing-masing kepenatan. Kalau ada yang tak tidur pun tetap mengelamun memerhatikan pemandangan luar, mungkin dalam fikiran sedang mengulang ingat semula memori indah di Sanrio Hello Kitty. Terima kasih Sanrio Hello Kitty Town!!

Bas-bas sudah sampai untuk menghantar kami pulang.

Ok, jom naik bas!!

Jangan sampai tersilap bas.. nanti sampai tadika lain.

Tidur di pangkuan cikgu.

Kepenatan..

Lenanya tidur..
Ingat tu ingat juga ya.. tapi jangan lupa peperiksaan semester 1 semakin hampir. Minggu ini sibuk di setiap tadika sedang membuat ulangkaji, sesibuk kami juga yang sedang menyiapkan soalan peperiksaan. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Jangan lupa ulangkaji juga di rumah!

~Cikgu Norifah~